Heart.

Sunday, December 23, 2012

0 lover
Aku tak pernah lagi merasa
Sayang dan diterima
Dengan apa adanya
Aku tak pernah lagi lalui
Pengalaman sebegini
Rasa di hargai
Maafkan aku
Berlidah kelu
Ingin ku katakan
Tolong fahami
Rintihan ini
Yang aku nyanyikan
Sesungguhnya
Aku tak biasa
Terima cinta dari gadis yang istimewa
Mengertilah
Kau yang satu
Jujur ku katakan
Kerna aku sayang kamu.


My Dear Heart

Sunday, November 25, 2012

0 lover
"Kau bagaikan Puteri"
Aku menunggumu sepanjang hidupku
Biarpun hujan datang membanjiriku
Walaupun ribut dihadapan mataku
Aku tetap menanti akan kehadiranmu
Kerna hadirmu adalah harapan buatku
Dan hadirmu sama sekali membawa sinar dalam hidupku

Kau laksana permata dihatiku..
Senyumanmu sudah cukup membuat aku gembira
Kegembiraan yang hanya datang sekali dalam hidupku
Kerna kau hanya satu dalam dunia
Setiap kali kau tersenyum
Aku sangat bahagia melihat kau bahagia
Tika ku berduka
Suara dan tawa mu pengubat duka ku
Itu sudah cukup buat ku
Dan tika kau sedih
Akan ku temani mu sepenuh hatiku
Akan ku pujuk dirimu dengan setulus hatiku
Seakan-akan esok tiada lagi hari buat kita
Hanya Allah Yang Esa tahu isi hatiku
Dan janganlah pula kau sembunyikan kesedihanmu
Kerna suara mu tidak dapat membohongiku
Persekiranmu jua tidak dapat menampung derita mu
Akanku tahu jua akan dirimu
That me!

Kehadiranmu dalam hidupku sangat ku hargai
Aku menjadi lebih matang
Aku menjadi lebih tabah
Aku menjadi lebih berfikiran terbuka
Kau sangat bermakna buatku
Dulu aku jahat! degil! tak matang!
tapi..
Kau datang membawa cahaya kebenaran
Cahaya untuk ku ke jalan yang diredhai Allah
Sungguhku bersyukur pada Yang Esa
Kerna kehadiranmu menjadi titik pendorong 
Pendorong ku dalam menuju hakikat yang sebenar
Ya Allah, aku mengucap tahmid kepada Mu
"Alhamdulillah"
"Alhamdulillah"
"Alhamdulillah"
kerna menemukan ku dengan si dia

Satu yang ku harapkan
Agar dia menjadi peneman suka duka ku
'For the rest of My Life'
Oooh, sayangku...


Aku terlalu angkuh selama ini meninginkan sesuatu yang sempurna kerana aku riak merasa diri ini juga sempurna, aku lupa bahawa tidak ada satu pun yang sempurna dalam dunia ini selain dari Mu, ya Allah.
Terima kasih sayang kerna menyedarkan saya tentang erti kesempurnaan.

bersangka baik dengan Allah

Saturday, November 24, 2012

0 lover
Sayang...

Allah tak pernah janjikan langit selalu biru,
Jalan hidup tanpa batu,
Matahari tanpa hujan,
Kebahagiaan tanpa kesedihan, Kejayaan tanpa perjuangan.

Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan,
Rahmat dalam ujian, Ganjaran buat kesabaran, Keteguhan dalam perjuangan..

Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?

"Perbanyaklah diri mendengar hal-hal kebaikan, kurangkan dari mendengar hal-hal sia-sia. Dari situlah kita dapat menjadi orang yang tenang senantiasa."


Niat hampir terlaksana

0 lover

Ponn.. Ponn.. Ponn.. *bagi laluan *bagi laluan



Assalamualaikum readers! 
*konon nye banyak reader la tuh, ahaha.

Sihat tak korang? lama dah aku tak merepek kat belog nih, ihik! 
okkeyh! kita straight to the point je lah.

Dulu aku ade pasang niat masa sem akhir kat Unibersiti dulu
niat tu terlintas terus menerus dalam sehari tu,
membuat kan aku menggatal nak post kat pesebuk

Eh, lupa nak mention pulak apa aku buat sekarang, haha
Ok, sekarang aku tengah Intern kat Unibersiti jugak 
urghhh LI pon kat kampus ape cerr!
takpe, suma ada hikmah dari Allah.
*bisik kat hati*

Haaa, sampai dah kt climax entry aku
pada Pren's aku confirm dorg penah nampak post ini,

source: www.facebook.com/EncikBraderlove

Nampak tak permainan aku tu? haha.
itu yang aku post kat page ilmiah aku
hari tu nape tah, ter-planing masa depan lak, hihi

Tapi, aku bersungguh masa tu, aku tak memain
 itulah hasrat aku sebelum melangkah kaki keluar dari bumi kampus

source: www.facebook.com/EncikBraderlove

Haaaa kan dah kuar ayat dia.. hahaha.
Tapi betul la kan? Walaupun masa akan datang tu untuk 3 hari atau 4 hari
kite kene la buat perancangan, usaha, tawakal, dan selebihnya berdoa pada Allah.

Ehem! Ehem! Ehem! *sakit tekak tetiba

Ok lah, itu je kot yg aku nak taip sebab dah takde idea, hehe
Salam 10 Muharam. :)

Awak... ye awak lah! :)

Luahan dari si dia: 
"InsyaALLAH..Sayang la yg Allah kirimkan untuk membimbing saya kelak. =D"


"Sabarlah wahai hati, berjalanlah tanpa henti, insyaAllah suatu saat nanti, akan hadir insan yang sejati."

Dear my future wife, bukan mudah untuk menjadi mawar yang sentiasa mewangi dan harum. Jika mawar dijaga rapi, wangian dan keharumannya mungkin akan kekal selagi nafas belum terhenti. Jika ia tidak dijaga dengan rapi, maka ia layu juga akhirnya. Insya Allah, bila tiba saatnya untuk kita bersama, saya akan jaga awak sebaik yang mungkin.



Pastikah syurga buatku?

Tuesday, October 16, 2012

0 lover
Keindahan, kemanisan serta kasih sayang.
Tiga halawah yang ku rasai,
Tiga halawah yang sering ku nikmati,
Dan tiga halawah inilah yg inginku berikan kepada sahabat² ku.

"Ukhwah fillah! Ukhwah fillah! Ukhwah fillah!"


Hadirnya halawah ini dari Allah subhanallah ta'ala
"Ar-rahman, Ar-rahim"
Diberi kita dua nikmat iman dan islam,
dua nikmat yang sangat terindah.


Tetapi jika hanya beragama islam tapi hati kita tidak beriman
Apalah maknanya?
Seperti kapal berlayar dilautan luas tanpa anak kapalnya.

Sama juga kita, mengaku islamnya dihati tapi penghayatannya?
Nama saja islam tapi hatinya tidak lari dari maksiat!
Sungguhpun solatnya dijaga tapi diluar solatnya buat maksiat!

Itu ke namanya orang islam?
Itu ke calon ahli syurga?
Hendakkan darjat Muslim Professional konon!
Jauhilah maksiat! Jauhilah dari perasaan hasat dengki!

Ingat, solat itu tiang agama
Yang wajib tetap wajib, fardhu buat kita!
Amalan lain kita jaga tak?
Maksiat mata? Maksiat hati? Maksiat telinga? Maksiat Mulut? 
dan segala maksiat yang lain?
Jauhilah maksiat tuh! 
Ikhtilat! Ikhtilat! Ikhtilat!
Terkabur mata hati kita dengan hasutan syaitan laknatullah!


Jadi...
Tetapkanlah hati kita untuk Allah,
Mantapkan hati kita hanya untuk Allah.
Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya, bukankah Allah itu Maha Mengetahui?
Selangkah kita menuju kepada Allah,
Allah hampir dgn kita lebih dari yg kita sangka.

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
- (QS. Qoof: 16)

Berbisik sekalipun Allah dengar apa yang kita bisikkan,
Ingat, Allah maha Mendengar.

Lihatlah, Allah sentiasa ada untuk kita, tetapi kita?
Kemana kita?
Hati kita menjerit minta tolong kepada Allah, kita bersahaja tidak endahkan.
Tetapi Allah tetap memberi kita nikmat!

Duduklah, bermuhasabah diri..


Ingatlah!
Dunia ini hanyalah waktu kita untuk berkebun bercucuk tanam.
Berkebunlah untuk meraih hasilnya di syurga,
bercucuk tanam dengan benih-benih amalan yang menjamin kekayaan akhirat.


Aku bersyukur kepada Mu, ya Allah.
Aku menjadi tenang hanya kerana Mu, ya Allah.


Alhamdulillah,
kerana diberikan ku nikmat untuk mengarang jerit kecik hati ku.

Alhamdulillah,
kerana dikurniakan ku nikmat sahabat sejati.
Walaupun mereka tiada disisi ku,
tetapi aku yakin mereka sentiasa mendoakan yang terbaik buat ku.

-Ukhwah Fillah-




p/s: kepada yang membaca, yang melihat dan mengetahui karang kecik ku ini. Aku doakan semuanya dilindungi Allah, dijauhkan dari fitnah dajjal. Aku tahu, sahabat²  ku selalu selitkan doa untuk sahabatnya yang lain. Itulah ukhwah yang aku cintai. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah.



Sepi di langit biru. :')

Tuesday, August 7, 2012

5 lover

Suasana disini terasa sungguh tenang dan sunyi
Diam ku tanpa kata dan tinta
Ku melihat terus ke arah depan
Lautan biru luas terbentang

Bunyi pukulan ombak perlahan-lahan datang
Datangnya membawa teman bunyi-bunyian
Pabila ianya pergi, hilangnya tanpa kata pesanan

Lalu ku rebahkan diriku dipersisiran pantai
Ku melihat langit amat luas tiada penghujungnya
Tanpa awan gelap melitupinya
Tanpa kumpulan burung berterbangan

Langit tampak jelas berwarna biru kelaut-lautan
Seperti Lautan biru yang tenang
Indahnya kurniaan dan ciptaan Ilahi, Subhanallah!

Ku ingin sekali menjadi seperti langit
Bagai menyimpan 1001 rahsia, tetapi masih lagi tenang dibawah naungan Ilahi. 

Biarkan ianya sepi di langit biru. :')



*nota kaki - puisi ni aku tulis bulan Mac 2012, terjumpa dalam buku note seminar. haha. confirm aku tulis time seminar ni, apakan daya aku dah lupa dapat ilham dari mana puisi ni. *giggling*



#Undefined 1

Tuesday, July 24, 2012

2 lover

Hakikat Senyuman


Biarlah sekelat mana pun kita tersenyum, selagi kita mampu berikan senyuman pada semua, senyumlah semampu kita, yang pasti suatu hari nanti kita akan rindukan erti sebuah senyuman.





Halawah cinta

Tuesday, June 26, 2012

0 lover






Dahulu saya mencintai seseorang dan tidak mustahil sekarang pun saya akan mencintai seseorang, 
tetapi bukanlah seperti masa dahulu. Saya tidak seperti mereka yang mencintai Allah dan dalam masa itu juga mencintai hambaNya. 

Saya tidak sekuat itu, mencintai seseorang tanpa ikatan yang sah. Jika saya mencintainya, maka lemahlah cinta ku pada Yang maha Pencinta. Jadi, selesakanlah keadaan sekarang kerana suatu masa nanti akan tiba juga masa untuk kita mencintai dan dicintai.

Ingatlah, jangan menjadi seorang yang terdesak mencari cinta manusia sedangkan cinta kita pada Yang maha Pencinta masih tidak cukup untuk kita memiliki cinta antara adam dan hawa.

Ingatlah, saya sayang awak tetapi saya tak mampu nak letak lebih tinggi sayang saya pada Allah. 
Bila tiba sampainya waktu, Insya Allah kita kan bertemu jua. 

https://www.facebook.com/EncikBraderlove




Kisah Wanita - hebat orang puangggg!!

Tuesday, May 8, 2012

2 lover

Hari ni mista banyak gumbira, sebab kali pertama shooting video secara sempoi. Lalu mista terjumpa entry ni kat blog niecah. hehe. Mista copy tau niecah.. :) So, bacalah sampai puass. hehe (:

oooo orang puang....


mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ... 

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...


*hebak mung orang ppuang ... :)

sumber dari niecah si blogger cute, mmg hebak orang ppuang ! :)


You're the number one for us. :)

Thursday, April 5, 2012

0 lover





Assalamualaikum pembuka kata mista,
Mista meng-update blog kepunyaannya,
Sudah bersawang sudah berpuaka,
Hari ni mista membuka cerita.


Rasenye dah lame aku tak sentuh belog ni, hahahaha.. Busy katenye.. Biasa la budak final year suma nya tunggang langgang.. Sekarang aku ada nama baru, (baru la sangat!! dah lama pon nama tu.. cuma jarang test market.. hahaha).. Panggil aku mista, ok?? Tu singkatan Mista Braderlove, *click sini, click cepat. hahaha.. 

Ok ! aku ni bukannya reti sangat nak berayat-ayat cam blogger lain, tak reti ooh ! >.< haha.. Point nye sekarang ni, aku akan balik UMP kejap lagi (sekarang jam 4.10 pg, 5/4/2012).. So kejap lagi la aku balik.. Masalahnye AKU NAK SAMBUT BESDAY MAK AKU !! sob... T_T  13hb ni la besday ibunda tercinta aku aka Mak ter-sweet Mista.. hihi.. Tapi time tu tak leh balik, sebab ada event/seminar what-so-ever.. Mencik !! Wakaka.. *benci versi gedik..

Then, aku amek la inisiatif tuk belikan hadiah tuk mak.. plan with my kakak, ktrg cutting dua duit tuk beli adiah.. hehehe.. Tadi cari macam2 kt ayer hitam tu.. Haha.. macam org luar dah aku tadi, padahal org situ jugak.. Pusing2 klentong kedai, kalau dorg tau aku duk sini.. abes.... Hahaha..

barang dibeli tadi:
  • hadiah mak
  • kad besday kosong
  • mug besar giler gabak
  • patung Domo !! hehe..
  • Bantal besar *sure puas tdo lepas ni

Khusyuk menulis kad besday mak tadi, hahaha.. tah ape-ape je aku tulis atas tu.. mula-mula ter-tacing jugak.. last2 gelak sorang-sorang.. aahahaha.. Ni kad dia:

Kaler ijau feberet mak ! :)
hand-writing yg cincai sebab dah pagi bute.. hahaha..
Jelajah satu pekan ayer hitam aku carik domo murah ni ! hahaha..

suma tu aku baru siapkan tadi.. main hentam je buat.. biasalah kan org baru pertama kali buat bende-bende camni.. First experince gitu !! hahaha.. Ok, semua dah complete.. Alhamdulillah siap semuanya.. Mak, maaf ye ayed tak dapat sambut.. *opss..terkeluar nama cute aku lak..hahaha.. Ehem, Niat hati memang nak sambut, tapi apakan daya.. Kad tu jela sebagai tanda ye mak. :)

Emak, Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke... opss rahsia ! hahaha.. tp mak still awet muda.. suma org ckp mak nmpk muda, bukan ayed.. hihihihi..

Domo tu pulak.. adehh.. susah nak sebut.. hahhahahaa.. tu tuk kawan aku.. besday dia dah lepas tapi ini kira belated present la.. hahahaha..
Ok lah, masa dah time.. haha.. aku nak kemas-kemas kejap.. Pastu tido.. :) Nyte semua.. Assalamualaikum.


p/s: Awak, domo ni boleh membesar tau ! hahaha.. Jage-jage.. syarat jangan manjakan dia sgt, nnti dia membesar lagi cepat.. kihkihkih.




Sayang Rasulullah SAW

Saturday, February 4, 2012

0 lover



Assalamualaikum. Esok merupakan Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ), Banyakkanlah diri kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم )Muhammad..Dengan mengambil inisiatif membuat satu cover timeline Sambutan Maulidur Rasul, Ya Rasulullah, usaplah airmatamu.. Aku tahu diluar sana leka dgn dunia hngga lupa hari mauludmu..Aku tahu diluar sana yg asyik dgn dunia, hngga tidak amalkan sunnahmu...Senyumlah wahai Rasulullah, krn ada umatmu yg menyambung pjuanganmu.. Mereka inilah yg menyayangimu n tlalu mernduimu..:'((

p/s: esok aku nak balik UMP, hope ada rezeki join Maulidur Rasul kat area2 situ..or ada sesape tahu tak info pasal sambutan Maulidur Rasul area2 situ? Dah last sem ni, nak merasa jugak sambut kat negeri Pahang ni..huhu..


Feel free to share and tag this picture (make this picture as your timeline cover) to your friends. Ya Rasulullah, inni uhibbu lillah Ta'ala  ^__^




Lagi Cover TImeline

Saturday, January 21, 2012

0 lover


Assalamualaikum..
Hari ni aku bosan, jadi....
editting gambar jela aku penuhi, tapi bukan edtting kosong je tau...
biarlah kita buat sesuatu datangkan manfaat...
dapat pahala gitu...huhu..

kat bawah ini merupakan gambar yang bersaiz lebar 850px dan tinggi 315px, sesuai untuk kengkorang bubuh kat cover timeline tu..apa yang tertulis merupakan hasil ayat dari otak aku. kalau silap harap perbetulkan.. Peace (^_^)v


Grab it if you want it. Sharing is Caring. ^__^


Koleksi Cover timeline Januari 2012

Thursday, January 5, 2012

1 lover




Dah takde idea lagi nak design. huhu ^^

Sape nak cover ni amek jela ye. Design tu tak penting, yang penting tu menyampaian ayat tu. ^^

Nak request? like page ni k =)

Special thank to nabillahannan, 1st person used my cover. ^^
Terharu oooh! hihihi