Cover Timeline

Saturday, December 24, 2011

0 lover
Assalamualaikum semua.

Dah lame rase nye tak buat entry yang macam ni, hehe. Hari ini hari bosan aku. Tapi kerja banyak tak siap lagi, layankan kebosanan aku dengan buat cover tuk natang timeline nih. Sila rujuk rajah dibawah: (dah macam cikgu pulak. haha.)


Ni lah hasil kebosanan aku, baru perasan. Jambunye ! KAHKAHKAH ! Dengan niat nak hilangkan bosan, aku buat natang nih. huhu. Bukak photoshop then click click click, SIAP ! haha. Smart tak? eh silap..Sweet tak cover tu? kekekekeke. Saiz cover natang timeline ni berlebarkan 850px, berketinggian 315px. Okey lah, nak edit PSM pulak. Rabu ni kene submit kat penyelaras psm. hehe. Lagi seminggu nak final exam, huhu. Nervous-nye jadi final year student. hehe. Wassalam. :)

*PSM = Projek Sarjana Muda

a broken heart

Sunday, December 18, 2011

0 lover



Rupa-rupanya aku memiliki ciri-ciri "a broken heart".
 Aku tersedar, dulu aku bercinta bukan kerana Allah.
Aku ikutkan nafsu remaja.
Tapi sekarang aku sedar bezanya nikmat diraih tanpa meletakkan Allah ditempat teratas dengan nikmat yang diraih bersama istiqamah serta bersyukur kepada Allah.
Aku tiada niat untuk berjiwang atau bermadah cinta di pagi hari ini,
tetapi aku rasa bertanggungjawab untuk menyatakan bahawa Cinta kerana kehendak diri semata-mata tidak akan mendapat redha Allah, carilah cinta kita dalam cinta Allah.
Aku akan cuba dan terus cuba untuk meletakkan cinta Allah dalam cinta manusia.
Bersaksikan malaikat yang mencatat amalan aku seharian, itu azam aku sebagai manusia.
Wallahu 'alam. ♥




Sabar itu Indah

Saturday, December 17, 2011

0 lover

"SABAR" itu berkat...
"SABAR" itu indah...
"SABAR" itu mulia...
"SABAR" itu sejuk...
"SABAR" itu terpuji...
"SABAR" itu pemaaf...
"SABAR" itu arif & bijaksana....

"Maka Bersabarlah kamu dangan sabar yang Baik" (AL-MA'ARIJ : 5 )

Kerana "SABAR" kita bisa mencapai kebahagiaan...
Kerana "SABAR" kita meraih kejayaan...
Kerana "SABAR" kita mendapat hidayah...
Kerana "SABAR" kita disayangi...
Kerana "SABAR" kita dicintai oleh ALLAH & RASUL-NYA...

Sabar itu berat tanpa IMAN...
Sabar itu rumit tanpa ILMU...
Sabar itu resah tanpa tafakur...
Kita tidak akan tahu makna kehidupan tanpa "SABAR" , 
"SABAR" tidak ada tanpa IMAN & IMAN tidak ada tanpa "ILMU"...

"Jadikanlah SABAR dan SOLAT mu, sebagai penolongmu, Dan sesungguhnya hal itu amat Berat kecuali bagi Orang-orang yang khusyuk'" ( AL-BAQARAH : 45 )

Tanpa IMAN & TAQWA kepada ALLAH SWT tidak akan ada hamba yang sabar akan ujian-NYA.
Kerana ujian-NYA lah darjat kita bertambah..
Kerana ujian-NYA pula lah kita dapat mengenal makna hidup yang sesungguhnya....

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi ALLAH adalah kekal. dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (an-Nahl ; 96)

"Mereka itu diberi pahala dua kali ganda di sebabkan kesabaran mereka....." (al-Qashash : 54 )

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (az-Zumar : 10)

"KESABARAN" adalah cermin peribadi seorang MUSLIM.....



FAKTA MENGENAI LELAKI

Thursday, December 1, 2011

1 lover




1. 
Lelaki biasanya tidak
terpikat terhadap wanita
disebabkan mereka
cantik, tetapi mereka
lebih mudah terpikat
terhadap personaliti dan
ketrampilan seseorang
itu.

2. 
Lelaki amat bencikan
lelaki lain yang cuba
untuk menggoda kekasih
mereka.

3.
Apa yang sedang awak
lakukan? atau Awak dah
makan ke belum? adalah
merupakan soalan paling
kerap akan ditanya
ketika mereka menelefon
seorang wanita.

4.
Lelaki akan sibuk
dengan pekerjaan
mereka sepanjang hari,
tetapi sebelum tidur,
pasti mereka akan
memikirkan mengenai
wanita yang mereka
benar-benar sayang.

5. 
Apabila lelaki benar-
benar sayang terhadap
seorang wanita, mereka
akan mengabaikan semua
karakter negatif yang
ada pada wanita
tersebut.

6. 
Lelaki akan membuat
seribu satu kesimpulan
sekiranya seorang wanita
senyum kepada mereka.

7. 
Lelaki sanggup
melakukan apa saja
untuk mendapatkan
perhatian daripada
seorang wanita.

8. 
Lelaki amat benci
apabila wanita
menceritakan mengenai
kisah bekas teman lelaki
mereka.

9. 
Seorang lelaki mampu
menyukai wanita untuk
seminit, kemudian terus
melupakan mereka.

10. 
Apabila seorang lelaki
bersedia untuk berjumpa
ibubapa kekasih mereka,
ini menunjukkan mereka
benar-benar serius.

11.
Lelaki juga akan
menangis.

12. 
Lelaki akan lebih
untuk berusaha memikat
wanita yang menolak
cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar
untuk menerima
kekalahan.

13. 
Jangan sesekali
memberikan mereka
mesej tergantung seperti
“Ada sesuatu nk bgtau
awak ni…. erm… tapi
takpela”. Mereka akan
membuat seribu satu
andaian dan akan
berusaha untuk
mendapatkan jawapan.

14. 
Lelaki akan teruja
apabila mendapat
sentuhan yang tidak
diduga.

15. 
Lelaki akan menjadi
gagap apabila bercakap
dengan wanita yang
mereka suka.

16. 
Apabila wanita
menyatakan tidak, hati
lelaki akan menyatakan
‘ok…. takpe…. cuba lagi
esok..’

17. 
Lelaki amat sayang
ibu mereka.

18. 
Lelaki sanggup
mengorbankan makan
tengahari mereka
semata-mata ingin
memberikan wanita
beberapa kuntum bunga
ros.

19. 
Lelaki amat sukar
untuk difahami
melainkan anda seorang
pendengar yang setia.

20.
Adalah lebih baik
anda menguji seorang
lelaki itu terlebih dahulu
sebelum
mempercayainya. Tetapi,
pastikan ia tidak
mengambil masa yang
terlalu lama.

21. 
Lelaki lebih bersikap
terbuka untuk
menceritakan hal
peribadi mereka.

22. 
Lelaki amat suka
apabila wanita yang
menentukan pemakaian
mereka.

23. 
Lelaki tidak suka
kekasih mereka
mempunyai hubungan
dengan orang lain
terutamanya kawan
lelaki.

24. 
Apabila lelaki
membelikan hadiah
kepada wanita, mereka
amat risau sekiranya
hadiah yang mereka
berikan tidak disukai.

25. 
Lelaki lebih banyak
berfikir.

26. 
Imaginasi lelaki tiada
had. Mereka mampu
untuk membayangkan
apa sahaja.

27. 
Ketinggian wanita
adalah tidak penting, apa
yang lebih penting adalah
berat mereka.

28. 
Sukar untuk lelaki
untuk melepaskan
kekasih mereka terutama
apabila sudah bercinta
melebihi 3 tahun.

29. 
Lelaki tidak sukakan
wanita yang
materialistik.

30. 
Lelaki memiliki
semangat yang kuat
untuk berubah dan ianya
perlu sokongan yang kuat
daripada kekasih mereka.

31. 
Apabila lelaki
menceritakan sesuatu
yang serius, berikan
perhatian yang
sepenuhnya. Ia amat
penting.

32. 
Lelaki lebih gemarkan
wanita yang pandai
memasak.

33. 
Jangan sombong,
kerana ia akan
membuatkan lelaki
berusaha untuk
memalukan anda.

34. 
Lelaki belajar
mengenai cinta melalui
pengalaman, bukan
seperti wanita yang
belajar mengenai cinta
melalui novel yang
mereka baca.

35. 
Lelaki paling tidak
suka kekasih mereka
keluar bersama lelaki lain
berdua walaupun
hubungan mereka hanya
sekadar kawan.

36. 
Lelaki akan
memaafkan kesalahan
yang pertama dibuat,
tetapi bukan untuk
kesalahan yang kedua.

37. 
Lelaki tidak suka
wanita yang terlampau
mengada-ngada.

#sorry geng, pinjam gambar lama ye. hihihihi :)

Saya akan jaga awak selamanya :)

Wednesday, November 16, 2011

1 lover




Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.


Air Mata Seorang Lelaki

Wednesday, October 26, 2011

0 lover




Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."



ini kisah "muslimah" moden.

Sunday, October 9, 2011

0 lover


"Mengajak seseorang itu untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim bukanlah berniat untuk berlagak alim, soleh ataupun tawaduk tetapi sudah menjadi tanggungjawab seorang khalifah Allah dimuka bumi ini untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran." ♥ -braderlove

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat


"Kita ibarat pencil, pabila diguna pasti meninggalkan kesan di atas kertas walaupun sudah dipadam. Maka berhati-hatilah dalam membuat sesuatu dan hendaklah bijak dalam pengurusan hidup." ♥ -braderlove

selamat hari raya!

Monday, August 29, 2011

3 lover


ASSALAMUALAIKUM

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan “selamat menyambut hari lebaran”
kepada blogger sekalian dan tidak lupa juga kepada sahabat² ataupun kenalan saya serta keluarga tercinta.


"Sabarlah dengan segala ujian yg Allah beri, kerana Allah takkan memberi suatu ujian itu diluar kemampuan hambaNya. Pabila diberi ujian dari Allah, itu menunjukkan Allah masih ingat,sayang pada hambaNya. Manfaatkanlah segala pemberian. Tidak semestinya yg Manis itu Manis dan yg Pahit itu Pahit, hanya Allah yg tahu ape yg tersirat disebalik kejadian."


Jika sayang seseorang

Wednesday, August 24, 2011

0 lover


Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan MENYESAL…


""Walau seremuk mana hati dilukai, bentuklah ia semula dan serahkannya pada yang Ilahi." ♥


Seorang pendosa yang memasuki Ramadhan.

Tuesday, August 23, 2011

0 lover


Kamu, saya dan mereka. Kita semua adalah pendosa. Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan, hasil kelalaian kita selama ini. Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.

Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan lagi Ramadhan kepadanya.
Apakah perasaan?

Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.

Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:
“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”
Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih ‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.


Ramadhan yang mahal buat pendosa.

Hanya orang yang mati sahaja akan mengetahui nikmat hidup. Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.

Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran. Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang keampunan yang terbuka luas.

Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya…”Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.

Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.” Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.

Mengapa peluang keampunan itu mahal?
Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.

Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, selain dipadamkan dosa-dosanya?


Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita, masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA, justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?
Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, yang kemudiannya diberikan makanan. Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya dan kemudian diberikan ruang keampunan. Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.

Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?

Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam. Yang Di tanganNya langit dan bumi. Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa. Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa dan memberikan belas kasihanNya kepada kita dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.

Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. Kita yang bila diberikan peringatan lupa. Kita yang bila ditegur tak ambil peduli. Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama. Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.

Apakah yang lebih besar dari perasaan “Allah Masih Memandang Aku. Allah Masih Sayang Aku.” Ini?

Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, lantas mengambil peluang Ramadhan ini.

Allah masih sayangkan kita.
Kita. Pendosa.


Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup. Ramadhan ini, berubahlah.

Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.
Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik. Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.

Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT, dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik, maka kita mengambil segala peluang yang wujud di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.

Kalau Allah benci dengan kita, Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.

Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.
Tetapi sekarang, Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.

Maka marilah kita, para pendosa yang masih hidup ini, bersyukur, dengan mengambil peluang Ramadhan ini, menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.

Ayuh!