Ya Allah, muliakan pemergiannya.

Sunday, January 13, 2013

0 lover
Assalamualaikum
Terlalu sedih pabila kehilangan seseorang teman,
Seorang teman yang peramah, baik, sopan, berbudi bahasa.
Pabila berkata, dijaga santunnya.

Sahabat, 
terlalu banyak kemanisan persahabatan yg dikau tinggalkan
kata pena ku tidak cukup untuk meluahkan keperibadian mu
tak terungkap dek kata
tak terbalas dek puji
hanya Allah yang tahu apa kata hati ku

Sahabat,
ditinggalkan kenangan ku bersama mu di hari raya aidil fitri tahun lalu
walaupun sehari pertemuan kita
walaupun sekerat rumah saja ku membawa
walaupun itu saja kenangan terakhir kita
akan aku ingat.
pasti ku ingat.
dan takkan ku lupakan kenangan kita sampai bila-bila.

Sahabat,
di Maahad Johor membuka tirai pengenalan kita
di Maahad Johor ukhwah satu bumbung terbina
Aku, mewakili sahabat-sahabat perjuangan Maahad Johor 2008
mendoakan, menghalalkan, meredhakan
segala apa yang terjadi antara kita.



Sahabat,
Jumaat, 29 Safar 1434, 11 Januari 2013.
Allah menjemput mu.

Allah dah tetapkan takdir kita, yang akan pergi akan tetap pergi, yang dah pergi insya Allah syurga menanti. Mati itu pasti, hidup itu insya Allah. Sedekahkan al-fatihah, tahlilkan buat arwah. Hangat lagi salaman tangan kau sahabat. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Mohamad Afham Ibnu Jumat dah pergi buat selama-lamanya.

"Kan ku utuskan salam ingatan ku, dalam doa kudus ku sepanjang waktu. 
Ya Allah muliakan pemergian sahabat ku."

Mohamad Afham Ibnu Jumat 
(SMA Bdr Tenggara 2003-2007, Maahad Johor 2008, UIAM 2009-2013). 
Sahabat, pergi mu tiada pengganti. Al-fatihah.



"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."