"Diskriminasi puak rebit! si kecik mengganas!"

Friday, July 29, 2011

0 lover




Jumaat, 29 Julai 2011. Sekumpulan geng rebit dikuarintin atas kesalahan serius, mereka menunjuk perasaan didalam sangkar dengan membuli seangkatannya sendiri. Mangsa yg dikenali sebagai tamtam mendakwa dia dilayan dengan teruk, bulunya dicabut-cabut. Mangsa mendakwa mereka terdiri daripada 5 rebit putih, dan 1 rebit coklat yg mana dia juga dibuli secara rahsia. Kegiatan ini dapat dikecam oleh tuannya pada pagi tadi, siasatan lanjut akan dijalankan terhadap kumpulan rebit tersebut. Mereka juga telah dijatuhkan hukuman digeletek sampai puas oleh saya! hahahahaha! 


very gedik punya rebit, nakal² sungguh! >.<





C.I.N.T.A

Monday, July 25, 2011

1 lover




▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


BILA GURU MENTAFSIR CINTA.....

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan

GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah.. kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu.. bertemu berpisah semua kerna Allah..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama.. cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D'UTAMA..
JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA..




wassalam. (^_^)♥

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬



Walau Sebesar ATOM

Sunday, July 24, 2011

0 lover
Pemilik hati yg sombong akan berkampung
dan berair mata bersama penghulu sekalian
para penyombong.


Andai ibu membenci kita pon sudah tak keruan kita dibuatnya, inikan pula jika Allah SWT yg membenci diri kita. Wal'iyazubillah. Untuk kita agar tak dibenci Allah, so jgnlah kita buat perkara yg dibenci Allah. Jgnlah buat amalan yg dimurkai Allah. Jgn sesuka aty kita melanggar batasan syariat Allah.

Salah satu sifat yg dibenci Allah ialah sombong! Ape itu sombong? Sombong ialah seorg yg menganggap dirinya besar dan hebat serta memandang hina dan rendah terhadap org laen.

Jangan mendabik dada

Jalanlah dalam keadaan yg tawaduk. Janganlah berjalan mendabik dada dgn penuh keangkuhan.

 Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (Al Israa':37)

Allah sgt benci dgn orang yg sombong. Bahkan bumi pon membenci dgn org yg sombong. Tatapilah wajah sekalian insan dgn rasa kasih sayang. Dgn itu, semoga Allah memandang diri kita pula dgn kerahmatan dan keredhaan.

Firman Allah SWT:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia(kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Luqman: 18)


Sekalipon sedikit....

Nabi SAW berkata andai seseorang itu ada sifat sombong dalam jiwanya wlupon sedikit, nescaya dia tidak akan masuk syurga. Sekalipon sifat sombong itu sebesar atom sekali pon, maka itulah punca seseorang itu akan terhumban dalam neraka. Na'uzubillah min zalik!

Daripada Ibn Mas'ud r.a., daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda:
"
Tidak akan masuk syurga, seseorang yang di dalam hatinya ada seberat atom daripada sifat sombong."

Seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, "Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakaiannya itu indah atau kasutnya juga baik." Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia lain." (Riwayat Muslim)

Apakah seksaan yg bakal menanti manusia sombong di akhirat nanti?
Firman Allah SWT:
"(Dikatakan kepada mereka):'Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka jahanam, sedang kamu kekal di dalamnya. maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong." (Al-Mu'min: 76)

Maka berkampunglah para pemilik hati yg sombong di dalam neraka jahanam dan berair mata bersama penghulu sekalian para penyombong. Siapa lagi kalau bukan syaitan serta sekalian musuh-musuh Allah yang sombong!

Wassalam.
*sumber majalahAnis

Happy Engagement Day

Saturday, July 9, 2011

0 lover



Assalamualaikum
hari ni antara hari yg bersejarah dlm keluargaku
Abg Yas & Kak Iffa bertunang!



Sory ayet tak dapat datang.
plus, terlupa nak wish tuk hari ni

‎"Anggaplah perjalanan hidup kita satu perjalanan hidup yg indah. Walaupun kita rasa susah, itu semua sebahagian daridapa kehidupan kita, kalau kita tak boleh terimanya, siapa yg terima? binatang ke? berfikiran positif lah keatas semua yg terjadi. Kerana Allah tahu ape yg terbaik untuk kita, sentiasalah bersyukur kerana kita dilahirkan didunia ini." ♥

ayat ni ayet buat khas n tujukan pada abg yas & kak iffa
Semoga nikah cepat eh. hehehe.

wassalam~

~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~

0 lover
sekadar berkongsi info. kih3.

..........(¯`v´¯)
...........`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~
.........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
......... /█\ ♥/█\

...❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤

(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri?"
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~
✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤




Iktibar Yang Menginsafkan

Thursday, July 7, 2011

1 lover




Assalamu’alaikum wrh wbt…
Sekadar renungan… semoga kita sama2 beroleh manfaatnya…

oleh Ust. Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan Tantawi

Ambillah sebagai pengajaran. Terkadang kita lupa diri kita sebenarnya. Apa yang kita nampak ialah keburukan orang lain.

*Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke Tabong Derma Jamaah, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir dan berfikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi atau hiburan tv.

*Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di dalam majlis usrah , tamrin atau liqa’ fikri, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu waktu menonton TV di rumah.

*Lucu ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan waktu Munajat atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

*Lucu ya, sebagai seorang pejuang , susah sangat baca Al-Quran 1 juz saja, tapi majalah hiburan , surat khabar nyamuk dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Lucu ya, kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmu , mesyuarat dan program jamaah supaya boleh dimasukkan di agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton , annual dinner atau high tea jadual, kita boleh ubah sekelip mata.

*Lucu ya, susahnya kita mengajak dan menyebarkan dakwah, tapi mudahnya kita menyertai dan menyebar gossip atau khabar angin.

*Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet atau surat khabar, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

*Lucu ya, semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berjuang ataupun melakukan apa-apa.

*Lucu ya, kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui e-mail, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seperti artikel atau kertas kerja sering mesti berfikir dua kali.

" Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin bahawa sesungguhnya    
bagi mereka kurnia yang besar dari Allah"




sy sekadar niat untuk kite same2 beringat, sy pon byk kurangnye dari lebih.
Wallahu'alam.

Sarapan Pagi Sabtu

Saturday, July 2, 2011

2 lover

Assalamualaikum semua, hari ni saya nak share satu info/ilmu bermanfaat/ta'lim diri untuk kita semua. Apa itu cinta? mengapa cinta itu lahir dalam diri? perlukah bercinta? Adakah cinta memerlukan sebab ? Pernikahan? Perkahwinan?

Janganlah meletakkan sesuatu cinta dan kasih sayang pada kebendaan, sungguhpun tiada satu pun yang akan kekal selain Allah Yang Esa. Letaklah kedudukan cinta itu pada tempat yang betul iaitu Cinta kerana Allah, hanya Allah yang melengkapi segala-galanya. Bila aku bercinta, aku takut..aku takut bila aku membuat janji manis, meletakkan sesuatu yg tiada kepastian lagi. Memuji kecantikan seseorang hanya untuk memuaskan nafsu, memenangi hati si dia. Lalu, ape yang kita dapat? keredhaan Allah? .....Adakah yg kita lakukan itu dilandasan yg betul? Ya Allah, lindungi lah aku dari segala kemaksiatan yg sekecik-kecik zarah lagi pula sebesar-besar kemaksiatan..*alamak macam dah lari tajuk je..
Tak kesah la kan, tapi satu je yg saya nak kita renung-renungkan. Janganlah meletakkan harapan keatas sesuatu, tapi letaklah pada Tuhan kita iaitu Allah Yang Esa, Jika kita berharap pada makhluk, kita akan dapat apa yang kita kehendaki, TAPI jika kita berdoa berharap memohon pada Allah, insya Allah kita akan dapat sesuatu yang diluar mengharapan kita. Sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.

Kat bawah ni ade list-list pedoman untuk kita renungi:

  1. Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak  memuaskan.
  2. Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
  3. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kedut atau badan jadi gendut.
  4. Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
  5. Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  6. Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.
  7. Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.


Semoga apa yg saya share ni diredhai Allah. Mintalah Diperlembutkan hati kita,dibersihkan hati kita untuk menerima dan memberi sesuatu pengajaran yang bermanfaat. Insya Allah.