Sepi di langit biru. :')

Tuesday, August 7, 2012


Suasana disini terasa sungguh tenang dan sunyi
Diam ku tanpa kata dan tinta
Ku melihat terus ke arah depan
Lautan biru luas terbentang

Bunyi pukulan ombak perlahan-lahan datang
Datangnya membawa teman bunyi-bunyian
Pabila ianya pergi, hilangnya tanpa kata pesanan

Lalu ku rebahkan diriku dipersisiran pantai
Ku melihat langit amat luas tiada penghujungnya
Tanpa awan gelap melitupinya
Tanpa kumpulan burung berterbangan

Langit tampak jelas berwarna biru kelaut-lautan
Seperti Lautan biru yang tenang
Indahnya kurniaan dan ciptaan Ilahi, Subhanallah!

Ku ingin sekali menjadi seperti langit
Bagai menyimpan 1001 rahsia, tetapi masih lagi tenang dibawah naungan Ilahi. 

Biarkan ianya sepi di langit biru. :')



*nota kaki - puisi ni aku tulis bulan Mac 2012, terjumpa dalam buku note seminar. haha. confirm aku tulis time seminar ni, apakan daya aku dah lupa dapat ilham dari mana puisi ni. *giggling*



5 lover:

hazanis said...

hebat puisi dia..:)

Humaira' said...

Wahhh! :p

Mista braderlove said...

@hazanis
huhu. tenkiu ! sy main buat je tu ape yg terlintas dlm pale.. :')

@Humaira'
Wahhh jugak ! hehe :P

cik manis said...

:) ley kmbangkan LG bakat..hee

Mista braderlove said...

@cik manis
hehe. karang suka2 je, apa yg terlintas itulah yang dizahirkan. :)
Insya Allah. ^^