penggunaan perkataan biar betul

Tuesday, November 23, 2010

"Assalamualaikum & salam sejahtera"

Arini aku nk share sumthings kt readers yg rajen bace kt blog nih. ape yg aku nk story ialah psl
pronounce bile kite beri salam or jawab salam. nampak mmg la cm biase je kn. tp every  yg kite ucapkn tu
mesti la betul kn. "setiap kata-kata itu doa". jadi, kite kene la jage kate2 kite ek, contoh yg senang la ek dlm
kite memberi salam kt org len:

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".
kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yg buruk).


Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;          


           “WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



Sekian, semoga ada manfaatnya.

p/s: aku x sure la sumber ni sahih ke x..tp dari segi input dia bnyk yg baik...
       but it's better to pronounce in fully word rite?  korg jugde la sndri..
       smpaikan lah ilmu wlupun nmpk cm biase..^^,

3 lover:

cheekychubbycutegirl said...

kata kata ibarat doa..

K said...

nisa, bukn ibrt lg..kata-kata mmg satu doa...n kalo nk diibrtkn kata-kata tu umpama pedang~~

Cheyah said...

Assalamualaikum...
Terima kasih kerana berkongsi dan saling mengingatkan...
Teruskan usaha :)