Draft Entry 2012: "Wanita Mencari Jodoh."

Tuesday, December 3, 2013

0 lover
Assalamualaikum. 

Setelah sekian lama aku tak membuka blog ini, jauh sekali untuk mengarang sesuatu di sini. Di hening petang yang redup, tambahan pula sekarang sedang bermusim tengkujuh. Hujannya tidak henti, banjirnya serata tempat. Kebanyakan tempat di pantai timur sudah di banjiri air. Ok! berbalik pada niat aku tadi. Aku ada draf satu artikel yang entah dari mana aku jumpa dahulu. Rupanya banyak entry yg aku draf kan dan tidak publish di blog ni. 

       Banyak perkara yang terjadi di zaman aku menuntut di Universiti dahulu. Ianya mengajar aku untuk lebih serius serta komited dalam hidup dan pengalaman yang tidak seberapa pahit itu memberi aku inspirasi untuk mencari makna sebenar sesebuah kehidupan berpasangan. Jadi, aku mahu korang semua baca artikel ini sebagai panduan. Tidak kiralah lelaki atau pun perempuan, walaupun tajuknya lebih khas buat wanita. Tetapi, bacalah untuk anda mengerti sesuatu yang anda cari selama ini.  



Draft 001

Apakah Kriteria Lelaki Yang Paling Ideal?
Oleh:  Husna Abdul Wahab
Majalah Sinar Rohani, Oktober 2004
 
Sering kita mendengar maksud sepotong hadith yang berbunyi,  “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya.  Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat  beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umumnya hadith ini menyenaraikan tentang ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri.  Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dancantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya.

Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”.  Ini disebabkan wanita yang melaksanakan  segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami?  Jika hadith di atas memberi panduan kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka, maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.

Hal ini disebabkan aspek memilih  jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah.  Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam.  Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani besama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita,  ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang  paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama.  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).  Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut.  Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT  dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian?  Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti  perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya.  Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai.  Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan.  Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan  bermakna mengundang murka Allah SWT.  Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat.  Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa  orang lelaki.  Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan  dengan puteriku?”  Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, teteapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk  “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya.  Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami.  Ini  kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi.   Tambahan lagi pandangan negative sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka.  Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci  kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.  Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud:   “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan  mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.

Apakah fitnah atau malapetaka  yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa  bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama  dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya.  Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya.  Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh.  Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

 Hayatilah firman Allah SWT  yang bermaksud: 
 “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan.  Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan  kepada mereka dengan limpah  kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”.  (an-Nur: 32)



Tricks Virtual WIFi (W7 Tested)

Sunday, April 14, 2013

0 lover
Assalamualaikum, ini adalah tutorial untuk anda membuat WiFi secara maya menggunakan command line dalam Command Prompt (CMD) di Windows OS anda. Ini adalah langkah-langkah yang perlu anda ambil.

1) Pertama sekali anda perlulah membuka command prompt berkeistimewaan Administrator. (klik kanan untuk Run as adminstrator)

Gambar rajah 1
2) Selepas anda buka CMD, anda boleh lah taip command line berikut:
netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=Nama_Anda key=KataKunci
*ssid=boleh diubah *key=boleh diubah

Gambar rajah 2
3) Pastikan semua status berubah menjadi seperti di gambar rajah 2. Selepas itu anda boleh buka "the Networks and Sharing Center", "Change adapter settings" seperti di gambar rajah 3 di bawah.

Gambar rajah 3

4) Anda telah berjaya membuat kongsian internet kepada WiFi maya anda. Cuma sekarang anda perlu tahu bagaimana mahu aktifkan dan matikan WiFi maya tersebut dengan menggunakan command line berikut di CMD:
  1. Untuk aktifkan: netsh wlan start hostednetwork
  2. Untuk matikan: netsh wlan stop hostednetwork
Ataupun hendak lagi memudahkan kerja anda di masa akan datang. Anda hanya perlu membuat file.bat untuk kedua-dua command line tersebut.

Caranya:

  1. Buka Notepad++ atau mana-mana editor word
  2. Tulis command line yang saya berikan itu dalam file yang berasingan
  3. Simpan file tersebut dengan jenis extension file nya adalah .bat seperti gambar rajah di bawah.
Gambar rajah 4


5) Letakkan kedua-dua file.bat tu di tempat mana anda mudah untuk cari. 

Gambar rajah 5 

6) Selesai! :)
Gambar rajah 6

Ataupun anda boleh cuba alternatif ini dengan memuaturun software ini: http://www.mediafire.com/download.php?81f2p2442uhahf9

Anda boleh like page saya INI atas tanda terima kasih. hahahaha! Just kidding bro! 


Mampukah saya? Fikirkan dan renungkan sejenak

Sunday, March 10, 2013

0 lover
Apa itu Mampu? 

Definasi mampu dari segi bahasa bermaksud kuat dalam segala perkara. Kita mampu menunaikan ibadah kepada Allah. Kita mampu mengawal perasaan suka, perasaan marah. Kita mampu untuk memiliki harta benda. Cuba kita selami pula definasi mampu dari segi istilah pula. Mampu di istilahkan berdasarkan kemampuan individu tersebut, titik ukur kemampuan bukanlah di kawal oleh individu lain seperti ibu kita, ayah kita mahupun orang yang kita sayang tetapi hanya diri kita sendiri yang meletakan kemampuan kita di tahap yang mana satu. 


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Terjemaah ayat di atas ini di ambil dari cebisan ayat dalam surah Al-Baqarah ayat 286. Di ayat ini Allah menyebutkan tentang ujian yang diberikan kepada kita (hamba Allah), di ujinya kita berdasarkan kemampuan diri kita sendiri dan bukannya kemampuan orang sekeliling kita. Yang wajib tetap wajib seperti solat, puasa, menunaikan haji bagi yang berkemampuan, zakat, serta beriman pada Allah, dan selebihnya dalam rukun iman (6). Kita diberi ujian kerna Allah maha mengetahui apa yang kita mampu. 

Cuba kita selami konsep mampu dalam kehidupan seharian kita pula.

Bolehkah Kita Pastikan Kita Telah Mampu? Mampukah kita miliki rumah yang besar? Mampukah kita membeli kereta mewah? Mampukah kita laksanakan tanggungjawab kita? Ok, sekarang kita cuba pecahkan mampu itu kepada 3 aspek:

1) Rohani
2) Emosi
3) Material

Dalam aspek rohani, ini berkaitan dengan roh kita, dalaman diri kita. Kita sebagai orang islam, kita cuba cenderungkan aspek rohani ini kepada unsur-unsur keagamaan. Kita isbatkan ibadah seharian kita sebagai contoh pendekatan kita dalam aspek rohani. Kita cuba uji diri kita, bolehkah kita konsisten dalam semua ibadah? bolehkah kita untuk menjadi yang terbaik? 

Tetapi persoalan nya disini adakah kita mampu laksanakan apa kita tetapkan dalam diri kita ini? Dapatkan kita istiqamah dalam semua keadaan?

Mari kita selidik lagi kemampuan kita dari aspek emosi.

Bila kita sudah menetapkan keinginan kita, pastinya kita hendak menguji kemampuan emosi kita. Contohnya disini, dalam kita ingin istiqamah dalam sesuatu perkara kita hendaklah konsisten dengan emosi kita. Kita perlu pandai mengawal emosi kita, jangan nanti pula kita tersungkur di tengah jalan. Kita mengalah tanpa berusaha sungguh-sungguh. Kita perlu bijak mengenalpasti kemampuan emosi kita. Tambahan pula, pabila kita menghadapi sesuatu ujian hendaklah kita perlu bijak mengawal emosi kita. Sudah mampukah kita?


Material. Kebendaan. Duniawi.

Bila disebut material pasti kita terbayang harta benda, duit. Senang kata, What's belong to dunia that we never ever carry along to akhirat. Orang kata duit bukanlah segala-galanya. Yup! Memang betul tetapi duit itu penting juga untuk kita. Mahu masuk tandas pun gunakan duit. "Duit bukanlah segala-galanya" lebih senang di terjemahkan seperti ini, seberapa banyak pun duit kita janganlah terperangkap dengan kebahagiaan duit. Persoalannya mampukah kita dari aspek material? Wang simpanan kita? Aset simpanan kita? 


Awak dah baca sampai habis bukan? tak skip baca kan? Mesti awak tertanya-tanya apakah sebenarnya hubungkait (3) aspek yang disebut di atas dalam entry ini bukan? Apakah perkaitan rohani, emosi serta material dengan konsep mampu? Mengapakah ianya dipersoalkan? Persoalannya apakah yang bermain dalam fikiran saya? Mengapakah saya tetiba sebut pasal mampu? Teruskan tertanya-tanya dalam fikiran awak. Saya saja taip entry ini untuk kita fikir bersama. Awak pasti ada jawapannya. Saya yakin dengan awak.


Cik Liana Norazmi. Walaupun kita berjauhan, akan saya selalu simpan awak dalam doa saya. Saya yakin dengan janji Allah, kita berusaha untuk menjadi yang terbaik dahulu, selebihnya saya serahkan kepada Allah. Saya harapkan awaklah bakal bidadari dalam hidup saya. Terima kasih sebab sudi memberi ruang saya untuk mengenali awak dan memberi saya peluang untuk hadir dalam hidup awak. Uhibbuki Jiddan!! Assalamualaikum. :)

Alhamdulillah

Monday, February 25, 2013

0 lover
”Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
QS. An-Nahl : 18

Syukur secara bahasa,

الشُكْرُ: الثناء على المحسِن بما أَوْلاكَهُ من المعروف

“Syukur adalah pujian bagi orang yang memberikan kebaikan, atas kebaikannya tersebut”
(Lihat Ash Shahhah Fil Lughah karya Al Jauhari). 

3 Tanda bersyukur:

Bersyukur dengan hati -
               iaitu hati yang senantiasa mengingati Allah di atas segala kurniaan nikmat-Nya
Bersyukur dengan lidah -
               iaitu lidah yang berzikir memuji Allah Subhanahu wa ta'ala
Bersyukur dengan perbuatan - 
               iaitu bersedekah dan melakukan amal soleh

Tips agar menjadi orang yang bersyukur:

Berterima kasih kepada manusia

Mengucapkan terima kasih adalah akhlak mulia yang diajarkan oleh Islam. Rasulullah bersabda: 

من صنع إليه معروف فقال لفاعله: جزاك الله خيرا فقد أبلغ في الثناء

“Barangsiapa yang diberikan satu kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan: ‘Jazaakallahu khayr’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupinya dalam menyatakan rasa syukurnya”
(HR. Tirmidzi no.2167, ia berkata: “Hadits ini hasan jayyid gharib”)

Merenungkan nikmat-nikmat Allah

Dalam Al Qur’an sering kali Allah menggugah hati manusia bahwa banyak sekali nikmat yang Ia limpahkan sejak kita datang ke dunia ini, agar kita sadar dan bersyukur kepada Allah. Allah Ta’ala berfirman:

وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” 
(QS. An Nahl: 78)

Qana'ah

Senantiasa merasa cukup atas nikmat yang ada pada diri kita membuat kita selalu bersyukur kepada Allah. Sebaliknya, orang yang senantiasa merasa tidak puas, merasa kekurangan, ia merasa Allah tidak pernah memberi kenikmatan kepadanya sedikitpun. Rasulullah bersabda:

كن ورعا تكن أعبد الناس ، و كن قنعا تكن أشكر الناس

“Jadilah orang yang wara’, maka engkau akan menjadi hamba yang paling berbakti. Jadilah orang yang qana’ah, maka engkau akan menjadi hamba yang paling bersyukur” 
(HR. Ibnu Majah no. 4357, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah)

Sujud syukur

Salah satu cara untuk mengungkapkan rasa syukur ketika mendapat kenikmatan yang begitu besar adalah dengan melakukan sujud syukur.

عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا جاءه أمر بشر به خر ساجدا؛ شاكرا لله
 [أبو داود]

“Dari Abu Bakrah Nafi’ Ibnu Harits Radhiallahu’anhu ia berkata: Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam biasanya jika menjumpai sesuatu yang menggemberikan beliau bersimpuh untuk sujud. Sebagai ungkapan rasa syukur kepada Allah” 
(HR. Abu Daud no.2776, dihasankan oleh Al Albani dalam Irwa Al Ghalil)

Berzikir

Berzikir dan memuji Allah adalah bentuk rasa syukur kita kepada Allah. Ada beberapa zikir tertentu yang diajarkan oleh Rasulullah khusus mengungkapkan rasa syukur kita kepada Allah. Rasulullah bersabda:

من قال حين يصبح: اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لا شريك لك، فلك الحمد ولك الشكر. فقد أدى شكر يومه، ومن قال ذلك حين يمسي فقد أدى شكر ليلته
 [أبو داود]

“Barangsiapa pada pagi hari berzikir: Allahumma ashbaha bii min ni’matin au biahadin min khalqika faminka wahdaka laa syariikalaka falakal hamdu wa lakasy syukru.” Maka ia telah memenuhi harinya dengan rasa syukur. Dan barangsiapa yang mengucapkannya pada sore hari, ia telah memenuhi malamnya dengan rasa syukur.” 
(HR. Abu Daud no.5075, dihasankan oleh Syaikh Abdul Qadir Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap kitab Raudhatul Muhadditsin)

(Maksud zikir: Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan kepada ku hari ini atau yang Engkau berikan kepada salah seorang dari makhluk-Mu, maka sungguh nikmat itu hanya dari-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan ucap syukur hanya untuk-Mu) 


Cara bersyukur yang salah:

Bersyukur kepada selain Allah

Sebagian orang ketika mendapat kenikmatan, mereka mengungkapkan rasa syukur kepada selain Allah, semisal kepada jin yang mengaku penguasa lautan, kepada berhala yang dianggap dewa bumi, atau kepada sesembahan lain selain Allah. Kita katakan kepada mereka:

أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلًا

“Apakah engkau kufur kepada Zat yang telah menciptakanmu dari tanah kemudian mengubahnya menjadi nutfah lalu menjadikanmu sebagai manusia?” 
(QS. Al Kahfi: 37)

Allah Ta’ala yang menciptakan kita, menghidupkan kita, dari Allah sematalah segala kenikmatan, maka sungguh ‘tidak tahu terima kasih’ jika kita bersyukur kepada selain Allah. Dan telah kita ketahui bersama bahwa syukur adalah ibadah. Dan ibadah hanya pantas dan layak kita persembahkan kepada Allah semata. Tidak ada sekutu baginya. Allah Ta’ala juga berfirman:

بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ

“Beribadahlah hanya kepada Allah dan jadilah hamba yang bersyukur”
(QS. Az Zumar: 66)

Ritualiasasi rasa syukur yang tidak diajarkan agama
               
Mengungkapkan rasa syukur dalam bentuk ritual sah-sah saja selama ritual tersebut diajarkan dan dituntunkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam. Misalnya dengan sujud syukur atau dengan melafalkan dzikir. Andaikan ada bentuk lain ritual rasa syukur yang baik untuk dilakukan tentu sudah dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam serta para sahabat.

Lebih lagi sahabat Nabi yang paling fasih dalam urusan agama, paling bersyukur diantara ummat Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam, yang mereka jumlahnya puluhan ribu dan diantara mereka ada yang masih hidup satu abad setelah Rasulullah wafat, sebanyak dan selama itu tidak ada seorang pun yang terpikir untuk membuat ritual semacam perayaan hari ulang tahun, ulang tahun pernikahan, syukuran rumah baru, sebagai bentuk rasa syukur mereka. Rasulullah bersabda:

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا ، فَهْوَ رَدٌّ

“Barang siapa yang melakukan amalan (ibadah) yang tidak berasal dari kami, maka amalan tersebut tertolak” (HR. Bukhari no.20, Muslim no.4590)

Semoga Allah menjadikan kita hamba-Nya yang senantiasa bersyukur atas segala nikmat-Nya.

اللهم أعني على ذكرك، وشكرك، وحسن عبادتك

Allahumma a’inni ‘ala dzukrika wa syukrika wa huni ‘ibadatika
“Ya Allah aku memohon pertolonganmu agar Engkau menjadikan aku hamba yang senantiasa berdzikir, bersyukur dan beribadah kepadamu dengan baik”


Hacked by Me,Liana Norazmi.

Saturday, February 16, 2013

0 lover

Assalamualaikum.

  Bila password dan email bukan menjadi rahsia lagi.Maka,kesempatan ini daku ambik sebagai rezeki.Rezeki untuk hack blog Mista Braderlove. Aip ! to all the readers diam-diam tau.Jangan mesej-mesej Mr Mista Braderlove dalam diam.Nanti saya jealous. Opssss ! :)


To Mista Braderlove,



Jauh disudut hati,saya ingin bisikkan pada awak..

“ Saya hendak berjiran dengan kamu di syurga kelak. Kamu sudi tak? Saya nak sayang kamu di dunia, dan sampailah akhirat. Kalau ALLAH izinkan saya masuk syurga, maka saya hendak kamu ada di dalamnya bersama-sama saya. Boleh tak? ”

Mungkin awak akan jawab macam ni kan?

“ Saya tak layak. Saya bukan seorang hamba yang baik! ”


Saya akan tepuk bahunya (belum menjadi yang halal,tak boleh..tak boleh.) membebel dari kejauhan'
“ Aip, mari sini. ALLAH masih pinjamkan umur pada kita. Masih belum terlambat untuk kamu dan saya berusaha bersama-sama.”

Mata awak mula la tuh nak masuk habuk ! T____T
“ Saya sayang kamu, S*****ku ! ” Heeee.Public.


Saya akan tersenyum padanya dari kejauhan,

“ Dan saya lebih menyayangi kamu. Akan selalu ada disisi kamu tidak kira susah,duka,suka mahu pun senang. ”


" Psstt...Awak,syukran tau sudi menceriakan hari-hari saya."

With a Lots of Love, Liana Norazmi .

Ya Allah, muliakan pemergiannya.

Sunday, January 13, 2013

0 lover
Assalamualaikum
Terlalu sedih pabila kehilangan seseorang teman,
Seorang teman yang peramah, baik, sopan, berbudi bahasa.
Pabila berkata, dijaga santunnya.

Sahabat, 
terlalu banyak kemanisan persahabatan yg dikau tinggalkan
kata pena ku tidak cukup untuk meluahkan keperibadian mu
tak terungkap dek kata
tak terbalas dek puji
hanya Allah yang tahu apa kata hati ku

Sahabat,
ditinggalkan kenangan ku bersama mu di hari raya aidil fitri tahun lalu
walaupun sehari pertemuan kita
walaupun sekerat rumah saja ku membawa
walaupun itu saja kenangan terakhir kita
akan aku ingat.
pasti ku ingat.
dan takkan ku lupakan kenangan kita sampai bila-bila.

Sahabat,
di Maahad Johor membuka tirai pengenalan kita
di Maahad Johor ukhwah satu bumbung terbina
Aku, mewakili sahabat-sahabat perjuangan Maahad Johor 2008
mendoakan, menghalalkan, meredhakan
segala apa yang terjadi antara kita.



Sahabat,
Jumaat, 29 Safar 1434, 11 Januari 2013.
Allah menjemput mu.

Allah dah tetapkan takdir kita, yang akan pergi akan tetap pergi, yang dah pergi insya Allah syurga menanti. Mati itu pasti, hidup itu insya Allah. Sedekahkan al-fatihah, tahlilkan buat arwah. Hangat lagi salaman tangan kau sahabat. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Mohamad Afham Ibnu Jumat dah pergi buat selama-lamanya.

"Kan ku utuskan salam ingatan ku, dalam doa kudus ku sepanjang waktu. 
Ya Allah muliakan pemergian sahabat ku."

Mohamad Afham Ibnu Jumat 
(SMA Bdr Tenggara 2003-2007, Maahad Johor 2008, UIAM 2009-2013). 
Sahabat, pergi mu tiada pengganti. Al-fatihah.



"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."