Showing posts with label story. Show all posts
Showing posts with label story. Show all posts

Ya Allah, muliakan pemergiannya.

Sunday, January 13, 2013

0 lover
Assalamualaikum
Terlalu sedih pabila kehilangan seseorang teman,
Seorang teman yang peramah, baik, sopan, berbudi bahasa.
Pabila berkata, dijaga santunnya.

Sahabat, 
terlalu banyak kemanisan persahabatan yg dikau tinggalkan
kata pena ku tidak cukup untuk meluahkan keperibadian mu
tak terungkap dek kata
tak terbalas dek puji
hanya Allah yang tahu apa kata hati ku

Sahabat,
ditinggalkan kenangan ku bersama mu di hari raya aidil fitri tahun lalu
walaupun sehari pertemuan kita
walaupun sekerat rumah saja ku membawa
walaupun itu saja kenangan terakhir kita
akan aku ingat.
pasti ku ingat.
dan takkan ku lupakan kenangan kita sampai bila-bila.

Sahabat,
di Maahad Johor membuka tirai pengenalan kita
di Maahad Johor ukhwah satu bumbung terbina
Aku, mewakili sahabat-sahabat perjuangan Maahad Johor 2008
mendoakan, menghalalkan, meredhakan
segala apa yang terjadi antara kita.



Sahabat,
Jumaat, 29 Safar 1434, 11 Januari 2013.
Allah menjemput mu.

Allah dah tetapkan takdir kita, yang akan pergi akan tetap pergi, yang dah pergi insya Allah syurga menanti. Mati itu pasti, hidup itu insya Allah. Sedekahkan al-fatihah, tahlilkan buat arwah. Hangat lagi salaman tangan kau sahabat. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Mohamad Afham Ibnu Jumat dah pergi buat selama-lamanya.

"Kan ku utuskan salam ingatan ku, dalam doa kudus ku sepanjang waktu. 
Ya Allah muliakan pemergian sahabat ku."

Mohamad Afham Ibnu Jumat 
(SMA Bdr Tenggara 2003-2007, Maahad Johor 2008, UIAM 2009-2013). 
Sahabat, pergi mu tiada pengganti. Al-fatihah.



"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

My Dear Heart

Sunday, November 25, 2012

0 lover
"Kau bagaikan Puteri"
Aku menunggumu sepanjang hidupku
Biarpun hujan datang membanjiriku
Walaupun ribut dihadapan mataku
Aku tetap menanti akan kehadiranmu
Kerna hadirmu adalah harapan buatku
Dan hadirmu sama sekali membawa sinar dalam hidupku

Kau laksana permata dihatiku..
Senyumanmu sudah cukup membuat aku gembira
Kegembiraan yang hanya datang sekali dalam hidupku
Kerna kau hanya satu dalam dunia
Setiap kali kau tersenyum
Aku sangat bahagia melihat kau bahagia
Tika ku berduka
Suara dan tawa mu pengubat duka ku
Itu sudah cukup buat ku
Dan tika kau sedih
Akan ku temani mu sepenuh hatiku
Akan ku pujuk dirimu dengan setulus hatiku
Seakan-akan esok tiada lagi hari buat kita
Hanya Allah Yang Esa tahu isi hatiku
Dan janganlah pula kau sembunyikan kesedihanmu
Kerna suara mu tidak dapat membohongiku
Persekiranmu jua tidak dapat menampung derita mu
Akanku tahu jua akan dirimu
That me!

Kehadiranmu dalam hidupku sangat ku hargai
Aku menjadi lebih matang
Aku menjadi lebih tabah
Aku menjadi lebih berfikiran terbuka
Kau sangat bermakna buatku
Dulu aku jahat! degil! tak matang!
tapi..
Kau datang membawa cahaya kebenaran
Cahaya untuk ku ke jalan yang diredhai Allah
Sungguhku bersyukur pada Yang Esa
Kerna kehadiranmu menjadi titik pendorong 
Pendorong ku dalam menuju hakikat yang sebenar
Ya Allah, aku mengucap tahmid kepada Mu
"Alhamdulillah"
"Alhamdulillah"
"Alhamdulillah"
kerna menemukan ku dengan si dia

Satu yang ku harapkan
Agar dia menjadi peneman suka duka ku
'For the rest of My Life'
Oooh, sayangku...


Aku terlalu angkuh selama ini meninginkan sesuatu yang sempurna kerana aku riak merasa diri ini juga sempurna, aku lupa bahawa tidak ada satu pun yang sempurna dalam dunia ini selain dari Mu, ya Allah.
Terima kasih sayang kerna menyedarkan saya tentang erti kesempurnaan.

Kisah Wanita - hebat orang puangggg!!

Tuesday, May 8, 2012

2 lover

Hari ni mista banyak gumbira, sebab kali pertama shooting video secara sempoi. Lalu mista terjumpa entry ni kat blog niecah. hehe. Mista copy tau niecah.. :) So, bacalah sampai puass. hehe (:

oooo orang puang....


mung bangung pagi , mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung ,
mung masok , mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ...

mung mitok maah ...
mung dok rehak ...

mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok ,
mung masok pulok , mung siang ikang ,
mung potong sayor , mung ggoreng ...

mung letih ...
mung dok rehak ... 

tengohari , anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate , mung sabo ,
anok tu wak bising , mung redho ,
anok tu wak hhanya , mung senyum ,
anok tu nangih , mung tetak manih ...

mung taboh ...
mung dok rehak g ...

mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap , mung tukang basuh ,
mung tukang lap , mung tukang kkemah ...

sapa petang ...
mung dok rehak ...

suami pulok balek , mg belari cium tangang ye ,
mg mitok maah , mg hidang ke dye minung petang ,
mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ...

mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...

garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami ,
mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...

mlm tibe , mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ...

dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ...


*hebak mung orang ppuang ... :)

sumber dari niecah si blogger cute, mmg hebak orang ppuang ! :)


You're the number one for us. :)

Thursday, April 5, 2012

0 lover





Assalamualaikum pembuka kata mista,
Mista meng-update blog kepunyaannya,
Sudah bersawang sudah berpuaka,
Hari ni mista membuka cerita.


Rasenye dah lame aku tak sentuh belog ni, hahahaha.. Busy katenye.. Biasa la budak final year suma nya tunggang langgang.. Sekarang aku ada nama baru, (baru la sangat!! dah lama pon nama tu.. cuma jarang test market.. hahaha).. Panggil aku mista, ok?? Tu singkatan Mista Braderlove, *click sini, click cepat. hahaha.. 

Ok ! aku ni bukannya reti sangat nak berayat-ayat cam blogger lain, tak reti ooh ! >.< haha.. Point nye sekarang ni, aku akan balik UMP kejap lagi (sekarang jam 4.10 pg, 5/4/2012).. So kejap lagi la aku balik.. Masalahnye AKU NAK SAMBUT BESDAY MAK AKU !! sob... T_T  13hb ni la besday ibunda tercinta aku aka Mak ter-sweet Mista.. hihi.. Tapi time tu tak leh balik, sebab ada event/seminar what-so-ever.. Mencik !! Wakaka.. *benci versi gedik..

Then, aku amek la inisiatif tuk belikan hadiah tuk mak.. plan with my kakak, ktrg cutting dua duit tuk beli adiah.. hehehe.. Tadi cari macam2 kt ayer hitam tu.. Haha.. macam org luar dah aku tadi, padahal org situ jugak.. Pusing2 klentong kedai, kalau dorg tau aku duk sini.. abes.... Hahaha..

barang dibeli tadi:
  • hadiah mak
  • kad besday kosong
  • mug besar giler gabak
  • patung Domo !! hehe..
  • Bantal besar *sure puas tdo lepas ni

Khusyuk menulis kad besday mak tadi, hahaha.. tah ape-ape je aku tulis atas tu.. mula-mula ter-tacing jugak.. last2 gelak sorang-sorang.. aahahaha.. Ni kad dia:

Kaler ijau feberet mak ! :)
hand-writing yg cincai sebab dah pagi bute.. hahaha..
Jelajah satu pekan ayer hitam aku carik domo murah ni ! hahaha..

suma tu aku baru siapkan tadi.. main hentam je buat.. biasalah kan org baru pertama kali buat bende-bende camni.. First experince gitu !! hahaha.. Ok, semua dah complete.. Alhamdulillah siap semuanya.. Mak, maaf ye ayed tak dapat sambut.. *opss..terkeluar nama cute aku lak..hahaha.. Ehem, Niat hati memang nak sambut, tapi apakan daya.. Kad tu jela sebagai tanda ye mak. :)

Emak, Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke... opss rahsia ! hahaha.. tp mak still awet muda.. suma org ckp mak nmpk muda, bukan ayed.. hihihihi..

Domo tu pulak.. adehh.. susah nak sebut.. hahhahahaa.. tu tuk kawan aku.. besday dia dah lepas tapi ini kira belated present la.. hahahaha..
Ok lah, masa dah time.. haha.. aku nak kemas-kemas kejap.. Pastu tido.. :) Nyte semua.. Assalamualaikum.


p/s: Awak, domo ni boleh membesar tau ! hahaha.. Jage-jage.. syarat jangan manjakan dia sgt, nnti dia membesar lagi cepat.. kihkihkih.




Air Mata Seorang Lelaki

Wednesday, October 26, 2011

0 lover




Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."



Mana mak?

Saturday, August 20, 2011

0 lover



Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.


Ayah baru balik dari sawah.


Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian:

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

~Perkongsian Dari Hamba Allah~