Showing posts with label karyaku. Show all posts
Showing posts with label karyaku. Show all posts

My Dear Heart

Sunday, November 25, 2012

0 lover
"Kau bagaikan Puteri"
Aku menunggumu sepanjang hidupku
Biarpun hujan datang membanjiriku
Walaupun ribut dihadapan mataku
Aku tetap menanti akan kehadiranmu
Kerna hadirmu adalah harapan buatku
Dan hadirmu sama sekali membawa sinar dalam hidupku

Kau laksana permata dihatiku..
Senyumanmu sudah cukup membuat aku gembira
Kegembiraan yang hanya datang sekali dalam hidupku
Kerna kau hanya satu dalam dunia
Setiap kali kau tersenyum
Aku sangat bahagia melihat kau bahagia
Tika ku berduka
Suara dan tawa mu pengubat duka ku
Itu sudah cukup buat ku
Dan tika kau sedih
Akan ku temani mu sepenuh hatiku
Akan ku pujuk dirimu dengan setulus hatiku
Seakan-akan esok tiada lagi hari buat kita
Hanya Allah Yang Esa tahu isi hatiku
Dan janganlah pula kau sembunyikan kesedihanmu
Kerna suara mu tidak dapat membohongiku
Persekiranmu jua tidak dapat menampung derita mu
Akanku tahu jua akan dirimu
That me!

Kehadiranmu dalam hidupku sangat ku hargai
Aku menjadi lebih matang
Aku menjadi lebih tabah
Aku menjadi lebih berfikiran terbuka
Kau sangat bermakna buatku
Dulu aku jahat! degil! tak matang!
tapi..
Kau datang membawa cahaya kebenaran
Cahaya untuk ku ke jalan yang diredhai Allah
Sungguhku bersyukur pada Yang Esa
Kerna kehadiranmu menjadi titik pendorong 
Pendorong ku dalam menuju hakikat yang sebenar
Ya Allah, aku mengucap tahmid kepada Mu
"Alhamdulillah"
"Alhamdulillah"
"Alhamdulillah"
kerna menemukan ku dengan si dia

Satu yang ku harapkan
Agar dia menjadi peneman suka duka ku
'For the rest of My Life'
Oooh, sayangku...


Aku terlalu angkuh selama ini meninginkan sesuatu yang sempurna kerana aku riak merasa diri ini juga sempurna, aku lupa bahawa tidak ada satu pun yang sempurna dalam dunia ini selain dari Mu, ya Allah.
Terima kasih sayang kerna menyedarkan saya tentang erti kesempurnaan.

Halawah cinta

Tuesday, June 26, 2012

0 lover






Dahulu saya mencintai seseorang dan tidak mustahil sekarang pun saya akan mencintai seseorang, 
tetapi bukanlah seperti masa dahulu. Saya tidak seperti mereka yang mencintai Allah dan dalam masa itu juga mencintai hambaNya. 

Saya tidak sekuat itu, mencintai seseorang tanpa ikatan yang sah. Jika saya mencintainya, maka lemahlah cinta ku pada Yang maha Pencinta. Jadi, selesakanlah keadaan sekarang kerana suatu masa nanti akan tiba juga masa untuk kita mencintai dan dicintai.

Ingatlah, jangan menjadi seorang yang terdesak mencari cinta manusia sedangkan cinta kita pada Yang maha Pencinta masih tidak cukup untuk kita memiliki cinta antara adam dan hawa.

Ingatlah, saya sayang awak tetapi saya tak mampu nak letak lebih tinggi sayang saya pada Allah. 
Bila tiba sampainya waktu, Insya Allah kita kan bertemu jua. 

https://www.facebook.com/EncikBraderlove




Sayang Rasulullah SAW

Saturday, February 4, 2012

0 lover



Assalamualaikum. Esok merupakan Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم ), Banyakkanlah diri kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ( صلى الله عليه وسلم )Muhammad..Dengan mengambil inisiatif membuat satu cover timeline Sambutan Maulidur Rasul, Ya Rasulullah, usaplah airmatamu.. Aku tahu diluar sana leka dgn dunia hngga lupa hari mauludmu..Aku tahu diluar sana yg asyik dgn dunia, hngga tidak amalkan sunnahmu...Senyumlah wahai Rasulullah, krn ada umatmu yg menyambung pjuanganmu.. Mereka inilah yg menyayangimu n tlalu mernduimu..:'((

p/s: esok aku nak balik UMP, hope ada rezeki join Maulidur Rasul kat area2 situ..or ada sesape tahu tak info pasal sambutan Maulidur Rasul area2 situ? Dah last sem ni, nak merasa jugak sambut kat negeri Pahang ni..huhu..


Feel free to share and tag this picture (make this picture as your timeline cover) to your friends. Ya Rasulullah, inni uhibbu lillah Ta'ala  ^__^




Lagi Cover TImeline

Saturday, January 21, 2012

0 lover


Assalamualaikum..
Hari ni aku bosan, jadi....
editting gambar jela aku penuhi, tapi bukan edtting kosong je tau...
biarlah kita buat sesuatu datangkan manfaat...
dapat pahala gitu...huhu..

kat bawah ini merupakan gambar yang bersaiz lebar 850px dan tinggi 315px, sesuai untuk kengkorang bubuh kat cover timeline tu..apa yang tertulis merupakan hasil ayat dari otak aku. kalau silap harap perbetulkan.. Peace (^_^)v


Grab it if you want it. Sharing is Caring. ^__^


Koleksi Cover timeline Januari 2012

Thursday, January 5, 2012

1 lover




Dah takde idea lagi nak design. huhu ^^

Sape nak cover ni amek jela ye. Design tu tak penting, yang penting tu menyampaian ayat tu. ^^

Nak request? like page ni k =)

Special thank to nabillahannan, 1st person used my cover. ^^
Terharu oooh! hihihi


Cover Timeline

Saturday, December 24, 2011

0 lover
Assalamualaikum semua.

Dah lame rase nye tak buat entry yang macam ni, hehe. Hari ini hari bosan aku. Tapi kerja banyak tak siap lagi, layankan kebosanan aku dengan buat cover tuk natang timeline nih. Sila rujuk rajah dibawah: (dah macam cikgu pulak. haha.)


Ni lah hasil kebosanan aku, baru perasan. Jambunye ! KAHKAHKAH ! Dengan niat nak hilangkan bosan, aku buat natang nih. huhu. Bukak photoshop then click click click, SIAP ! haha. Smart tak? eh silap..Sweet tak cover tu? kekekekeke. Saiz cover natang timeline ni berlebarkan 850px, berketinggian 315px. Okey lah, nak edit PSM pulak. Rabu ni kene submit kat penyelaras psm. hehe. Lagi seminggu nak final exam, huhu. Nervous-nye jadi final year student. hehe. Wassalam. :)

*PSM = Projek Sarjana Muda

a broken heart

Sunday, December 18, 2011

0 lover



Rupa-rupanya aku memiliki ciri-ciri "a broken heart".
 Aku tersedar, dulu aku bercinta bukan kerana Allah.
Aku ikutkan nafsu remaja.
Tapi sekarang aku sedar bezanya nikmat diraih tanpa meletakkan Allah ditempat teratas dengan nikmat yang diraih bersama istiqamah serta bersyukur kepada Allah.
Aku tiada niat untuk berjiwang atau bermadah cinta di pagi hari ini,
tetapi aku rasa bertanggungjawab untuk menyatakan bahawa Cinta kerana kehendak diri semata-mata tidak akan mendapat redha Allah, carilah cinta kita dalam cinta Allah.
Aku akan cuba dan terus cuba untuk meletakkan cinta Allah dalam cinta manusia.
Bersaksikan malaikat yang mencatat amalan aku seharian, itu azam aku sebagai manusia.
Wallahu 'alam. ♥




hayatilah karyaku

Friday, December 24, 2010

5 lover
~assalamualaikum~

arini tetibe lak nak post satu puisi yg aku karang dgn hasil sendiri..cam x caye lak aku pndai berpuisi lak nih..hahaha...puisi ni sebenarnye untuk someone dlm idup aku, tp aku x bagi dia lak...(malas)...puisi nih aku karang tyme bile tah kt UMP...dan baru2 ni ade lg satu karya puisi aku tercipta lg...tp tgu tyme nk release jerk...hahaha...papehal pon, aku mmg suke express sumthing kt kertas..(tu jadiknye mende ngarut2 aku tulis)...hmm, k la...enjoy ur reading..(jgn lupe comment tau)...hahhahaa~~

bermulalah puisiku

Cinta Sempurna

Cinta pada Sang Pencinta
adalah cinta yang agung dan tersergam indah
sungguhpun diri ini tidak menunjukkan cinta kepada-Nya
namun Dia tetap cinta pada diri ini
sungguh indah cinta itu
menyentuh jiwa dan kalbu
bila ku cuba selami cinta itu
banyak cabaran dan dugaan datang menggugat cintaku kepada-Nya
bila ku lalai dan alpa
sesuatu semangat yang jahat datang mengganggu diriku
ku hanyut didalam jurang kedustaan
semakin lama semakin jauh ku melewati diriku yang dahulu
ku tercari-cari diriku yang dahulu
namun...
amat sukar bagiku untuk melepasi cengkaman yang penuh dusta itu
ku cuba lagi untuk melawannya dengan penuh kesabaran
akhirnya, aku dapat melepaskan diri ku ini
dan berjaya mengawal kedustaan yang hitam itu
indahnya bila ku menyelami percintaan itu
walaupun ku tidak melihat wajah-Nya
tetapi ku pasti Dia akan memberikan kenikmatan yang abadi
sungguh dalam kepercayaan ku kepada-Nya
kenikmatan yang sukar untuk ku temui selama ini
oh Tuhan! sungguh ku amat bertuah sekali
kenikmatan yang penuh dengan kebenaran
jauh sekali daripada kedustaan yang menyesatkan itu
ku tahu akan ada satu kenikmatan yang Engkau akan bagi kepada ku
ku menunggu dengan kesabaran dan ketaqwaan
satu nikmat percintaan yang menjadi lumrah kehidupan makhluk-Mu
setiap makhluk yang hidup diatas muka bumi ini
pasti akan ada pasangan hidup yang sendiri
cuma Engkau sahaja mengetahui
cuma Engkau sahaja yang mengerti
apa yang terbaik untuk makhluk-Mu
ku hanya berserah diri pada ketentuan-Mu
ku tahu hanya Engkau sahajalah yang tahu
apa yang terbuku dihati ku ini...
kebenaran dan percintaan
jika kedua-duanya bersatu
akan lahirlah satu kenikmatan yang sukar untuk dirungkai
satu kenikmatan yang indah dan sempurna
lahir dari dua hati yang suci
iaitu "Cinta Sempurna"...




-braderlove-