Assalamualaikum semua, hari ni saya nak share satu info/ilmu bermanfaat/ta'lim diri untuk kita semua. Apa itu cinta? mengapa cinta itu lahir dalam diri? perlukah bercinta? Adakah cinta memerlukan sebab ? Pernikahan? Perkahwinan?
Janganlah meletakkan sesuatu cinta dan kasih sayang pada kebendaan, sungguhpun tiada satu pun yang akan kekal selain Allah Yang Esa. Letaklah kedudukan cinta itu pada tempat yang betul iaitu Cinta kerana Allah, hanya Allah yang melengkapi segala-galanya. Bila aku bercinta, aku takut..aku takut bila aku membuat janji manis, meletakkan sesuatu yg tiada kepastian lagi. Memuji kecantikan seseorang hanya untuk memuaskan nafsu, memenangi hati si dia. Lalu, ape yang kita dapat? keredhaan Allah? .....Adakah yg kita lakukan itu dilandasan yg betul? Ya Allah, lindungi lah aku dari segala kemaksiatan yg sekecik-kecik zarah lagi pula sebesar-besar kemaksiatan..*alamak macam dah lari tajuk je..
Tak kesah la kan, tapi satu je yg saya nak kita renung-renungkan. Janganlah meletakkan harapan keatas sesuatu, tapi letaklah pada Tuhan kita iaitu Allah Yang Esa, Jika kita berharap pada makhluk, kita akan dapat apa yang kita kehendaki, TAPI jika kita berdoa berharap memohon pada Allah, insya Allah kita akan dapat sesuatu yang diluar mengharapan kita. Sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik untuk hambaNya.
Kat bawah ni ade list-list pedoman untuk kita renungi:
sumber:tentangcinta
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana nafsu, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kedut atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Semoga apa yg saya share ni diredhai Allah. Mintalah Diperlembutkan hati kita,dibersihkan hati kita untuk menerima dan memberi sesuatu pengajaran yang bermanfaat. Insya Allah.
2 lover:
hok aloh..cinta rupanya..ku pikirkan menu sarapn pagi..miaahahaha =)
nice one! ^^
Post a Comment